PENGERUSI RAKAN PEMBIMBING (AKRAB)
YANG BERUSAHA ENCIK MOHD FIRDAUS BIN JAMALUDIN

 

“AKRAB adalah nama khusus yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. AKRAB adalah akronim daripada perkataan :-

 

A-Amanah, K-Komitmen, R-Rasional, A-Akhlak B-Bestari,

 

Kesemua ini adalah merupakan ciri-ciri yang ada pada mereka yang menjadi ahli AKRAB. Sebagai ahli AKRAB, sewajarnya kita menjadi kumpulan pekerja yang dapat menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dan membantu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan saling bantu-membantu di dalam organisasi. Bersesuaian dengan visi dan objektif AKRAB iaitu :-

  1. Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia;
  2. Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja dalam meningkatkan kerja dan potensi diri;

 

Harapan saya agar AKRAB Jabatan Perdana Menteri dapat menjiwai peranan sebagai ahli AKRAB dan bersama-sama membantu pihak jabatan dalam peningkatan kualiti kerja dan produktiviti kerja. “

wpChatIcon