Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

AKRAB Jabatan Perdana Menteri telah diwujudkan setelah seramai 53 orang pegawai dan kakitangan awam JPM menghadiri Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling yang terdiri daripada tiga peringkat ; iaitu Kursus Asas Kaunseling, Kursus Kaunseling Peringkat Pertengahan dan seterusnya Kursus Kaunseling Peringkat Lanjutan. Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling ini bermula pada tahun 2003. AKRAB Jabatan Perdana Menteri  telah dilatih dengan kemahiran-kemahiran kaunseling serta mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang ini. Semangat yang ada di kalangan AKRAB JPM ini dipercayai dapat membantu, membimbing seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan warga JPM dan juga kebahagiaan keluarga .Sehingga kini jumlah AKRAB Jabatan Perdana Menteri adalah seramai 354 orang dan terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah JPM.

Secara keseluruhannya, AKRAB Jabatan Perdana Menteri sentiasa berusaha untuk menjadikan aktiviti kaunseling dan psikologi sebagai salah satu agenda utama dalam organisasi. AKRAB Jabatan Perdana Menteri setakat ini memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sewaktu Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) yang terdiri dari 2 tahap iaitu , PPKK Tahap 1 dan PPKK Tahap 2. Walaubagaimana pun, tambah nilai dengan kemahiran-kemahiran tertentu sentiasa berlaku dari masa ke semasa. AKRAB Jabatan Perdana Menteri sentiasa berusaha ke arah untuk menjadi organisasi AKRAB yang cemerlang dan sentiasa beriltizam untukmelahirkan ahli AKRAB yang terbilang sehingga mampu menjadi penanda aras kepada agensi / jabatan dan kementerian dalam perkhidmatan awam yang lainnya.

wpChatIcon