AKRAB Jabatan Perdana Menteri telah diwujudkan setelah seramai 53 orang pegawai dan kakitangan awam JPM menghadiri Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling yang terdiri daripada tiga peringkat ; iaitu Kursus Asas Kaunseling, Kursus Kaunseling Peringkat Pertengahan dan seterusnya Kursus Kaunseling Peringkat Lanjutan. Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling ini bermula pada tahun 2003. AKRAB Jabatan Perdana Menteri telah dilatih dengan kemahiran-kemahiran kaunseling serta mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang ini. Semangat yang ada di kalangan AKRAB JPM ini dipercayai dapat membantu, membimbing seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan warga JPM dan juga kebahagiaan keluarga .Sehingga kini jumlah AKRAB Jabatan Perdana Menteri adalah seramai 376 orang dan terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah JPM.
Secara keseluruhannya, AKRAB Jabatan Perdana Menteri sentiasa berusaha untuk menjadikan aktiviti kaunseling dan psikologi sebagai salah satu agenda utama dalam organisasi. AKRAB Jabatan Perdana Menteri setakat ini memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sewaktu Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) yang terdiri dari 2 tahap iaitu , PPKK Tahap 1 dan PPKK Tahap 2. Walaubagaimana pun, tambah nilai dengan kemahiran-kemahiran tertentu sentiasa berlaku dari masa ke semasa. AKRAB Jabatan Perdana Menteri sentiasa berusaha ke arah untuk menjadi organisasi AKRAB yang cemerlang dan sentiasa beriltizam untukmelahirkan ahli AKRAB yang terbilang sehingga mampu menjadi penanda aras kepada agensi / jabatan dan kementerian dalam perkhidmatan awam yang lainnya.
AKTIVITI / PROGRAM YANG DILAKSANAKAN | ||
Sepanjang tahun 2014, 2015 dan 2016, pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh AKRAB Jabatan Perdana Menteri. AKRAB Jabatan Perdana Menteri yang bermesyuarat sebanyak enam (6) kali setahun. AKRAB JPM sentiasa memikirkan aktiviti dan program yang sesuai untuk dilaksanakan mengikut keperluan di jabatan masing-masing. Terdapat juga AKRAB JPM yang bergerak aktif di agensi masing-masing seperti di Bahagian Pengurusan hartanah (BPH) , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), One Malaysia Call Centre (1MOCC) dan Agensi Penguatkuasaan MARITIM Malaysia (APMM). Terdapat 3 tahap yang dimainkan oleh AKRAB JPM di dalam memperkenalkan identiti sebagai AKRAB seperti :_ | ||
1. | Tahap Penerangan : | |
AKRAB Jabatan Perdana Menteri menyediakan beberapa format untuk memperkenalkan peranan AKRAB di dalam organisasi. Antaranya ialah pamplet-pamplet dan brosur yang sesuai sebagai edaran. Sepanjang tahun 2014, 2015 dan 2016 AKRAB JPM terlibat secara aktif dalam Program Booth Temu Mesra Psikologi. Program dijalankan bersama-sama dengan Pegawai Psikologi JPM melakukan aktiviti ‘turun padang’ ke agensi-agensi di bawah JPM secara terancang dan berjadual. Penumpuan kepada aktiviti dan program ‘hands on’ di kalangan AKRAB yang terlibat. Peserta program adalah warga JPM. | ||
2. | Tahap Kesedaran : | |
AKRAB Jabatan Perdana Menteri mempunyai laman webnya sejak tahun 2003 di alamat berikut http://galeri.jpm.gov.my/rakan. Melalui laman web ini, pengguna boleh mengetahui aktiviti-aktiviti AKRAB dan juga menghubungi mereka menerusi emel untuk tujuan sesi bimbingan. Laman web ini juga memudahkan kepada pengguna untuk membaca dan memuat-turun Buletin AKRAB yang diterbitkan. | ||
3. | Pelaksanaan Program / Aktiviti AKRAB | |
AKRAB JPM mempunyai aktiviti tahunan yang telah dirangka dan dilaksanakan sama ada di peringkat JPM atau pun di peringkat agensi / jabatan di bawah JPM. Berikut disenaraikan program dan aktiviti yang dijalankan :- | ||
1. | Mesyuarat Rakan Pembimbing (AKRAB) - Diadakan bertujuan membincangkan tentang kes-kes bimbingan dan aktiviti-aktiviti semasa yang dirancang oleh AKRAB JPM. | |
2. | Siri Latihan Dalaman dan Perkongsian Ilmu - Latihan ini dijalankan di setiap akhir Mesyuarat Rakan Pembimbing (AKRAB) JPM. Bertujuan mendedahkan kepada ahli AKRAB pelbagai kemahiran, latihan dan Introspek Diri untuk diaplikasikan di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian. | |
3. | Buletin AKRAB JPM - Sebanyak 12 edisi dikeluarkan setiap bulan sepanjang tahun. Isi kandungan menyentuh pelbagai topik perbincangan dan maklumat semasa yang terkini. Boleh dilayari di Laman Web berikut http://galeri.jpm.gov.my/rakan . Informasi ini juga dikongsi bersama warga JPM. | |
4. | Wacana Minda AKRAB JPM - Sebanyak 12 video pendek diterbitkan setiap bulan di Laman web http://galeri.jpm.gov.my/rakan. Video-video yang bersesuaian yang bercorak motivasi, psikologi dan kaunseling diadaptasikan dari sumber internet dan disesuaikan semula mengikut kesesuaian. | |
5. | Sesi Bimbingan Naziran AKRAB JPM ( AKRAB JPM keluar membuat lawatan / menerima lawatan dari agensi luar – untuk tujuan Benchmarking) - Untuk tujuan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dengan jabatan / agensi pilihan dan masyarakat luar. Penting untuk merealisasikan ‘konsep pembelajaran sepanjang hayat’ di kalangan warga AKRAB. Bimbingan dan diskusi berkaitan perlaksanaan AKRAB di agensi / jabatan pilihan juga dilakukan. | |
6. | Skuad / Out reach AKRAB - AKRAB hadir memberikan Intervensi Psikologi dan Kaunseling kepada warga JPM yang kritikal dan yang memerlukan sokongan emosi (cthnya : menggunakan pendekatan intervensi krisis kepada warga JPM yang kemalangan, sakit dan musibah) | |
7. | Booth Temu Mesra Psikologi - Pendekatan ‘out reach’ menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga kerja JPM / agensi luar. AKRAB JPM yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang khusus seperti Nuromologi, Urutan, Refleksiologi dan lain-lain akan turut serta menjayakan program. | |
8. | Retreat Rakan Pembimbing (AKRAB) - Program 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan tambah nilai Rakan Pembimbing dalam melaksanakan peranan sebagai AKRAB di jabatan dengan lebih berkesan. | |
9. | Perkongsian Ilmu AKRAB JPM dengan agensi luar - Untuk tujuan perkongsian ilmu, pengalaman ahli AKRAB JPM bagi melaksanakan program-program serta meluaskan rangkaian kerja di antara kedua-dua pihak. AKRAB JPM akan berkongsi ilmu dengan AKRAB dari agensi luar mengenai perlaksanaan AKRAB. | |
10. | Simposium Psikologi - Peserta terdiri daripadaAKRAB Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi . Program adalah berbentuk perkongsian ilmu yang pelbagai dan turut melibatkan pelbagai pihak . Dilaksanakan secara kerjasama (NBOS) dengan agensi / jabatan dan kementerian lain. | |
11. | Program Pra AKRAB Tahap Satu dan Dua - Untuk tujuan pentauliahan AKRAB Jabatan Perkhidmatan awam dan meramaikan bilangan ahli AKRAB JPM. | |
12. | Program Kecemerlangan Berkelompok - Merupakan program secara berkala dan terancang. Kelompok dan isu kelompok adalah berbeza bagi setiap tahun. AKRAB sebagai fasilitator dalam kelompok | |